Assalammualaikum....
Hello...
Good Morning
/Good Afternoon...
Hari ni nak share about
Celup Tepung....
sebenarnya bukan setakat Ikan celup tepung...
udang, sotong, sayur2an punnn sedap
Janji ada sos cili atau air lada..
Untung orang2 di Pantai Timur Malaysia...
dah lah Ikan segar2...Murah pulak tuuu...
setiap kali balik KB - Pantai Irama & KT
mesti cari Ikan celup tepung ni...
Sedapppp...
cuma yg agak frust sikit...
Di KT, harga celup2 tepung ni sekiranya time cuti...fuuuuuuuhhhhh mahalnyer...
dah lah x ada tanda harga ikut sedap
tuan punyer kedai jer caj berapa...
just imagine baru2 ni order Ikan Kembong celup tepung 5 ekor, Sotong 1 saiz sederhana jer x besar x kecil, isi2 ketam segera tuuuu dlm 5 penyucuk... sampai bill RM70..
gulp tertelan airliur jap...
padahal
di setiap kali balik KB Pantai Irama...
x kira cuti sekolah ker, hari biasa ker, cuti am ker...
harga celup2 tepung ni...
maintain jer cam biasa2...
kalau order macam kat KT tuuu... baru dalam RM30 gituuu...
mahalnyer Ikan celup tepung kat
Pantai Batu Buruk rupa2nyer...
next time dah x pergi situ... baik makan kat tempat biasa tepi pantai cuma jauh sikit dari bandar...
Bagi yg nak cuba buat Ikan Celup tepung
sendiri di rumah...
salin Resepi di bawah ni yer.....
So easy..
janji Ikan & seafood kena FRESH
6 ekor Ikan Kembung
(suka hati nak berapa ekor)
5 sudu besar tepung beras,
1 sudu kecik serbuk kunyit,
sedikit kapur masak
(bukan kapur tulis yer),
sedikit garam
(ikut citarasa masing2),
1 biji telur,
air sejuk untuk membancuh,
minyak untuk menggoreng...
Bancuh semua bahan adunan dalam mangkuk dengan air..
lagi elok gunakan air yg sejuk peti ais
selepas sebati elok ditapis adunan tuu.
Celupkan ikan dalam bancuhan tadi..
pastikan minyak dah panas dalam kuali..
panas betul betul yer..
....gorengkan sampai betul betul garing...
angkat, sejat..
Untuk Sotong.....
Bahan-bahannya :
4-5 ekor sotong yang sederhana besar –
saiz yang sesuai untuk buat
ketupat sotong- dibersihkan ,
dipotong bulat dan ditoskan airnya
1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung - kalau tidak letak tepung jagung bila sejuk tak boleh nak kunyah- keras
1 biji telur.
1 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
sedikit air kapur makan
sedikit garam dan serbuk kunyit
nak letak sedikit serbuk cili pun ok...
nanti warna lagi cantik..
minyak untuk mengoreng.
Kaedah sama juga seperti di atas...
campurkan kesemua bahan2..
tepung beras, tepung jagung, air kapur, serbuk kunyit/cili dan garam dalam bekas.
Pukul sedikit telur dan masukkan
dalam bekas tadi.
Bubuh air sedikit-sedikit sambil dikacau bagi memastikan tepung tidak bergentil.
Kepekatannya – pekat sedikit dari adunan roti jala tapi cair sedikit dari adunan cucur.
Masukkan sotong dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.
Tips: * Gunakan sotong yang baru.
Sotong yang telah disimpan
dalam peti sejuk mudah kecut,
mengeluarkan air bila dimasak dan liat sedikit.
*Pastikan minyak betul-betul panas sewaktu mula menggoreng bagi memastikan tepung tidak berpisah dengan sotong.
* Letak sekeping asam keping sewaktu menggoreng bagi mengurangkan ‘letupan’ sewaktu menggoreng,
somehow it works .
same goes to celup Udang...
cari yang segar2, sederhana atau besar...
celup2, goreng, angkat, sejat, ngap ngap...
Macam macam ada... pilih jer... |
Yummy... segar2.. |
Ikan Kembung Celup Tepung Gganu...
Resepi nyicoh...
Air Lada @ air cuka celup tepung
Bahan bahannya :
Bp tumbuk halus
gula
garam
ciliboh
cuka
tomato sos
nisan (gula melaka)
air secukupnya..
tengok banyak mana sos yg kita nak masak..
cara2:
Kesemua diatas + dan masak
dgm api yang slow sehingga
mendidih dan pekat...
rasa ikut citarasa masing2...
nak manis, masin & masam bagaimana....
makan celup2 ni waktu petang / supper
sambil tengok tv BEST...
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment