Translate

28 Feb 2013

Kuala Terengganu - Bot Penambang...BEST

Assalammualaikum.....
Selamat Pagi....

*
*
*
*
*
*

Rise n Shine....

Hari ni kita naik bot tau...


Bot Penambang....

Yes, finally dapat naik bot harini.... 
biasa on wheels saja round2 bandar Kuala Terengganu niiii...
x plan pun tetiba jer nak try
sebabnya....
(1) dah lama teringin nak naik...
(2) Bandar Terengganu JAMM teruk...

sebelum tuu kita story mory sikit yer pasal
perkhidmatan Bot Penambang..


 Bandar raya warisan pesisir air, Kuala Terengganu -  bot penambang menjadi pengangkutan awam yang penting bagi penduduk.

 Jika anda baru pertama kali menyusuri sepanjang Sungai Terengganu, pastinya pemandangan deretan bot penambang di jeti berhampiran Pasar Payang menjadi tumpuan mata anda. Pengangkutan berusia lebih 50 tahun itu masih diminati dan diperlukan oleh penduduk di seberang Sungai Terengganu untuk ke kawasan sekitar bandar.

 Bermula dengan harga 20 sen untuk satu perjalanan ketika ia diwujudkan, kini menjadi RM1 namun ia masih tetap menjadi pilihan penduduk yang berada di seberang sungai itu.
 Bot penambang adalah merupakan salah satu sistem pengangkutan yang biasa digunakan bagi penduduk di sepanjang Sungai Terengganu. 

Biasanya ianya mudah lihat di sekitar sungai Terengganu kerana kebanyakkan masyarakat lebih menggemari menaiki pengangkutan ini memandangkan kadar bayarannya berpatutan serta mudah didapati. 

Jika destinasi menaiki bot penambang ini melalui dari Seberang Takir ke Pasar Payang, kadar bayaran yang dikenakan adalah amatlah berpatutan serta dikategorikan sebagai mesra pengguna. 



Perkampungan nelayan Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala  Terengganu yang di pisahkan oleh sebuah sungai dan muara. 

Jika anda berada di sekitar Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan ini jelas kelihatan tidak jauh dari situ.

Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke Kuala Terengganu terutama Pasar Payang kerana jaraknya adalah lebih dekat berbanding jika melalui jalan darat.

 Dengan tambang sebanyak RM1.00 bagi perjalanan sehala, anda boleh merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung disini 


Sungai Terengganu juga agak unik - lokasi Pulau Duyong di muara sungai dan menghadap Laut China Selatan beserta Terengganu yang menerima angin monsun Timur Laut pada musim tengkujuh mencetuskan idea untuk penganjuran Piala Monsun pertama di Malaysia dan Asia.

 Monsoon Cup menghimpunkan pelayar-pelayar dari seluruh dunia untuk berentap melengkapkan beberapa disiplin pertandingan kapal layar pada musim angin monsun yang menghembus kuat.

*******
Kami menaikit bot penambang ini pada mulanya hanya untuk ke
 Seberang Takir - Jetty ShahBandar... saja2 kids nak naik bot...
tapi entah kenapa sewaktu di dalam bot tersebut...
cakap punya cakap...driver bot kata dia boleh bawa kami round sungai melihat keindahan Masjid Kristal dengan bayaran RM40 satu bot selama sejam.... wooowwww....
 ok juga, bila lagi nak naik bot di Kuala Terengganu kan...

So, here we go...


ini di Jetty ShahBandar...
boleh nampak Seberang Takir kat hujung sana...




Seberang Takir..
....destinasi pertama..
 x turun pun hanya hantar para penumpang yg lain dulu...



Now, baru otw round sungai Terengganu...




Ada yang sedang giat berlatih ...




Sungai Terengganu ni agak sibuk juga 
dengan pelbagai 
aktiviti... 
macam2 jenis kapal ada di sini.













Bertingkat tingkat...
 - ini kapal nelayang dari Thailand




Selepas melalui bawah Jambatan...
dah nampak Masjid Kristal dari jauh...



Tuuuu dia dah nampak dah...



"Posing Time"





























Kapal korek pasir pun ada












best naik bot ni...
 udara pun sejuk dan berangin jer...
anak bujang...sempat zzzzzzzzzz.......



Setelah sejam lebih sikit berada di atas bot....
sampailah kat Jetty ShahBandar semula..



Best sangat....
next time you guys datang KT...cuba tau...

*******


  River cruise here in KT is also available, and is  highly recommended if you don't have much time to spend in Kuala Terengganu. 

You can Board the cruise at the Taman Tamadun Islam (Islamic Civilisation Park) jetty
 or the Jetty ShahBandar in 
Kuala Terengganu town. 

 You can see the Crystal Mosque, the various islands on the river, the esplanade on the mainland, while getting a quick history of the area from the river cruise guide. 

It's also a great way to spend a hot afternoon....
enjoy a nice river breeze!

Bye for now...
Take Care...

Sue Md.