Translate

29 Nov 2013

????? yg berKUBUR diBelakang Rumah!!!!!!!!!!


Opssss Sorry...
Story Mory about KUBU yer
 not KUBUR...
tapi dah makin 
BERKUBUR















Hello my lovelies....
I haven't been here for a while.
It just seems that i have 
been buzy with the kids and
 Travelling here there everywhere...

How time flies...
Year End is near 
& Our Year End Family Vacation
 dah makin hampir...
 YAHOOOOOOO
 so xcited...bcoz 
planning/preparations 
almost a year sudah...

(Family Vacations means
 all the non married kids will be joining us...
yg dah kahwin tuuuu..
sorry lah yer)

Jeng jeng jeng jeng...
Where to????????
Sabarlah yer nanti masuk Blog 
then you all can read...

Meanwhile I just wanna write about 
our Trip @ short holiday to Kelantan
@ Balik Kampung my Hubby's side 
@ now seeems to be like
 its my Kampung not his...
I know Kelantan better than my hubby...
Apa2 jerlah janji semua happy.

Alright, 
setiap kali balik kampung kat
Pantai Irama Bachok Kelantan
memang sah wajib mesti banyak menghabiskan masa kat Pantai belakang rumah...
kira cam our own private beach..
its about 1km walk to/from
 the public beach of
Pantai Irama...



Everytime balik mesti juga jengok Kubu!!!!

KUBU??????

my kids selalu tanya Kubu ni apa Mom????

Mom, Dad & Mek ak Grandma 
selalu jawab : 
Kubu Zaman Jepun...
Betul atau tidak jawapan tuu kami pun x sure...
so Mom goggle lah sana sini cari info...

Maka, Terjumpalah ni...
Sila Baca.....



Sejarah kubu tentera British
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Satu sudut pandangan kubu kebal di Pantai Irama, 
Bachok, Kelantan.
 - utusan/ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU 13 Okt. - "Bukan kubu Jepun, malah bukan juga monumen peringatan sejarah, tetapi ia adalah tinggalan sebenar kubu-kubu kebal yang dibina tentera British pada
 zaman Perang Dunia Kedua dahulu."

Demikian kata Pegawai Penyelidik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Datuk Salleh Mohd. Akib, merujuk kepada binaan kubu-kubu konkrit lama berusia 70 tahun
 yang masih kedapatan di beberapa daerah di negeri ini.
Kebanyakan binaan konkrit itu berbentuk segi sembilan dan ia diperbuat daripada campuran simen dan pasir sungai dengan kerawat besi, sementara ketebalan dinding melebihi 0.3 meter dan keluasan pula lebih 18 meter persegi.

Salleh berkata, ramai di kalangan masyarakat hari ini keliru dan membuat andaian bahawa kubu-kubu tersebut atau 'pill boxes' adalah kubu tentera Jepun,
 padahal ia dibina lebih awal
 oleh tentera British untuk membedil Jepun.

Beliau berkata, kubu perlindungan dan 'pos' pemerhatian itu didirikan pada 1940 di beberapa lokasi strategik terutama di pantai bahagian utara sepanjang Tumpat ke Bachok yang terdedah luas menghala Laut China Selatan bagi mempertahankan negeri Kelantan daripada serangan musuh semasa Perang Dunia Kedua.
Katanya, kubu-kubu kebal tersebut mempunyai signifikan penting dalam sejarah kerana ia dibina khusus hasil maklumat risikan yang menjangka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui negeri ini.

"Perang Dunia Kedua berlaku antara tahun 1939 hingga 1945 dan ia bermula apabila salah satu negara daripada pakatan kuasa 'Axis' iaitu Jerman menyerang negara-negara di Eropah.
"Selain Jerman, pakatan tersebut turut disertai Itali dan Jepun dan mereka memusuhi negara-negara kuasa bersekutu terdiri daripada perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan China.

"Risikan penjajah British menghidu bahawa Tanah Melayu akan diserang melalui Kelantan lalu mereka membuat persediaan awal dengan mendirikan puluhan kubu-kubu kebal bagi mempertahankan negeri," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Risikan British itu ternyata tepat apabila menyaksikan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini, 
menjadi medan pertama perang.

Kapal Jepun mula kelihatan pada malam 7 Disember 1941 dan tembakan pertama dilepaskan selepas pukul 12 tengah malam.
Menurutnya, angkatan tentera Jepun seramai 5,200 orang dari Rejimen Ke-56 Divisyen 18 yang dipimpin Pemerintah Tentera Darat, Mejar Jeneral Hiroshi Takumi
 itu datang dengan lima kapal pengangkut dan pembinasa.

Katanya, tentera Inggeris yang berkubu di Pantai Sabak memberikan tentangan hebat menghalang tentera Jepun mendarat tetapi Jepun dapat menewaskan pertahanan di pantai tersebut, seterusnya menguasai Pengkalan Chepa dan seluruh Kota Bharu jatuh ke tangan mereka pada 9 Disember 1941.

Tokoh sejarah dan pendidikan itu sedang dalam proses akhir menyiapkan buku bertajuk Kubu Kebal British di Kelantan
 yang bakal diterbitkan dalam tiga bahasa
 iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.

Salleh berkata, pembinaan kubu kebal secara agresif hanya dilakukan di Kelantan berbanding negeri lain seperti Pahang dan Pulau Pinang yang mempunyai beberapa kubu kebal sahaja.

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar kubu 
seperti yang terdapat
 di Pantai Sabak 
dan
 pesisir pantai di Bachok
 sudah ditenggelami air dan berada jauh ke dalam laut akibat hakisan pantai yang berlaku sejak tahun 1942 lagi.

Katanya, tentera British bukan sahaja mendirikan
 binaan konkrit itu di tepi pantai 
tetapi ia turut dibina di sekitar landasan kapal terbang 
seperti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
 Pengkalan Chepa;
 Gong Kedak, Pasir Putih 
dan di Lalang Luas, Machang 
yang pada hari ini merupakan kawasan taman perumahan.

Beliau berkata, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah sebenar kubu-kubu yang dibina tetapi tinjauan pasukan Penyelidik Perbadanan Muzium Negeri sebelum ini mengesan hampir 30 kubu kebal masih wujud termasuk sebuah yang dijumpai berdekatan jambatan landasan kereta api di Manek Urai, Kuala Krai.

Selain itu, katanya, mereka mengesan 12 kubu kebal di sepanjang pesisir pantai Bachok yang dibina satu hingga satu setengah kilometer antara satu sama lain, sebuah di Pantai Sabak, sebuah berdekatan hotel ternama tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu, sebuah di Pantai Dalam Rhu, Tumpat, dua di Machang, dua di Pasir Putih dan lapan di Pengkalan Chepa.

"Tentera yang ditempatkan di kubu-kubu kebal ini adalah tentera British berketurunan India-Punjab yang dibekalkan dengan senjata seperti mesingan ringan dan
 berat serta senapang jenis MK-4 dan MK-5.

"Tiap-tiap pasukan yang mengawal kubu terdiri antara lima sehingga 10 orang dan mereka diberikan arahan supaya memberi tentangan sengit kepada tentera Jepun. 
Tujuannya supaya dapat memberi masa kepada pegawai tentera dan orang berbangsa Inggeris di Kelantan lari ke Singapura.
"Menurut cerita orang kampung yang tinggal berdekatan kubu,
 ada di kalangan tentera India-Punjab itu 
dirantai kakinya oleh pegawai British
 supaya mereka tidak dapat melarikan diri," katanya.

Salleh berkata, dari sebelah dalam, 
sebahagian kubu-kubu kebal itu didapati mempunyai ketinggian lebih dua meter dan ini memberi ruang 
kepada tentera India-Punjab untuk mengawal kubu sambil berdiri.

Katanya, pintu kubu dibina secara serong dengan adang pintu khas bagi mengelak tembusan peluru dari sudut hadapan manakala setiap penjuru atau segi mempunyai lubang-lubang khas yang keluasannya cukup untuk penggunaan senjata
 dan melihat pergerakan musuh dari jauh.

Jelasnya, di ruang dalaman kubu pula terdapat konkrit dinding di tengah-tengah sebagai kelebihan tempat berlindung semasa pertempuran dan memberi sedikit keselesaan kepada tentera untuk bersandar dan meletakkan barang-barang serta senjata mereka.

"Namun setiap kubu mempunyai sedikit perbezaan pada tinggi rendah dan keluasan dinding tengah bergantung kepada keadaan geografi tempat kubu dibina,
 kegunaan senjata berbeza serta jumlah askar yang ditempatkan.
"Misalnya, jika di tempat lain atap kubu biasanya adalah lapisan konkrit yang rata tetapi kubu kebal di jambatan kereta api Manek Urai yang menghadap Sungai Lebir 
mempunyai atap seperti bumbung rumah," katanya.

Salleh berkata, peranan kubu-kubu kebal itu sewajarnya diingati kerana peristiwa pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 tidaklah semudah yang disangka kerana tentangan sengit daripada tentera yang berada di kubu kebal berkenaan.

Beliau berkata, tentera Jepun yang terlibat dilaporkan pernah memberitahu bahawa jika tentera British bertahan lebih lama, tentera Jepun mungkin tewas disebabkan serangan dari kubu kebal dan juga kewujudan pagar kawat berduri yang menjadi benteng utama pertahanan di pantai.

Sementara itu, salah satu tinggalan kubu kebal ini boleh dilihat di tepi jalan sebelum Pasar Pengkalan Chepa kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Lokasi kubu kebal itu mudah dikenal pasti kerana diperindahkan dengan pagar batu oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2006 bagi tarikan pelancong dan peminat sejarah.

Pesara polis, Ismail Shafie, 67, yang ditemui di situ berkata, 
usaha tersebut baik bagi mengingatkan generasi muda tentang sejarah Perang Dunia Kedua dan bagi memastikan tapak kubu kebal itu tidak 'tewas' kepada arus pemodenan.
"Tetapi kalau boleh pihak bertanggungjawab menambah lagi kemudahan dengan meletakkan papan kenyataan yang boleh memberi maklumat tentang sejarahnya kepada pengunjung dan juga orang lalu lalang di kawasan ini," katanya.

WOW!!!!!!
TUUUU dia panjang lebar pasal cerita KUBU di Kelantan ni...
 ada Kubu yang bernasib baik 
di Pengakalan Chepa..

Tapi KUBU di bawah ini adalah kubu yang 
berada di Pantai Bachok ak Pantai Irama...

Gambar dirakam pada November 2013





Sewaktu balik raya Aidilfitri dulu 
Kubu ini tidaklah seteruk sekarang..
November 2013 dah semakin tenggelam 
serta musnah..
hanya yang ini saja yg tinggal...
Sayangnya kan...
sebab sepatutnya pihak berwajib harus menjaga Khazanah ini... Sekiranya ia dijaga...
ianya boleh dipelihara 
dan dijadikan Tourist Attraction...
Kerana...
 Public Beach Pantai Irama sangat2 dekat dengan Kubu ini... 
Kita sepatutnya jangan lupakan SEJARAH.... 

What to do... dah TERLAMBAT!!!!!





Sharing is Caring....






No comments:

Post a Comment